Elyana dedahkan dirinya penghidap kanser tahap 4

0
1287

Konsert minggu ke 5 Gegar Vaganza 2017 menyaksikan penyanyi Elyana Emrizal tersingkir. Sudah beberapa minggu juga Elyana tersenarai antara peserta yang berada pada kedudukan terbawah.

Namun, bukan itu yang menjadi perhatian ramai. Dalam ucapan terakhirnya, Elyana memberitahu beliau sebenarnya menghidap penyakit kanser tahap 4. Berita tersebut nyata membuatkan peminatnya merasa terkejut dan sebak.

Ruangan komen di Instagram Elyana dibanjiri dengan komen-komen agar penyanyi itu kekal bersemangat untuk melawan penyakitnya dan ada yang turut mendoakan kesejahteraan Elyana.

Kami doakan semoga Elyana tabah menghadapi ujian ini bersama keluarga tercinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here