Dua anak jutawan, SM Faliq & Chryseis Tan sah bergelar suami isteri

0
1909

PETALING JAYA: Chryseis Tan, anak jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Pasangan itu disatukan pada pagi Jumaat dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Chryseis menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

“Alhamdulillah, keluarga semakin besar,” kata abang Faliq, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menerusi ‘posting’ di laman sosial Instagramnya.

Faliq yang merupakan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, melamar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada Jun 2017 di Marrakesh, Maghribi, semasa kedua-dua mereka bercuti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here