Datuk Farid Kamil disahkan positif ganja

0
2468

KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja selepas didakwa melakukan kekecohan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit.

Baca: Datuk Farid Kamil mengamuk di balai, tampar anggota polis

Baca: ‘Saya tak boleh komen, tanya keluarga Farid sendiri’ – Diana Danielle

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here