Dana Bakti Remaja @ TOM mula dibuka online 4 Disember 2017

0
8144

*DANA BAKTI REMAJA @ TOM*

4 kategori akan dibuka untuk dibuat pilihan kepada pemohon-pemohon rakyat negeri Terengganu.

1. KOM – KOMUNITI ORANG MUDA
2. SOM – SUKAN ORANG MUDA
3. COM – CYBER ORANG MUDA
4. PROM – PERANTAU ORANG MUDA

Permohonan Dana Bakti Remaja TTB @ TOM bagi tahun 2018 akan mula dibuka bermula *4 DISEMBER 2017 dan akan berakhir pada *4 JANUARI 2018 yang dibuat secara online dan ia diwajibkan kepada semua pemohon lama serta pemohon baru.

Antara syarat-syarat permohonan ini adalah:

1 – *Pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu*
2 – *DIWAJIBKAN mendaftar sebagai pengundi dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)*
3 – *Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin*
4 – *Gaji kurang atau tidak melebihi RM1500 (GAJI POKOK)*
5 – *Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my/*
6 – *Print borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing*

*Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB membuat permohonan baru*

Selepas siap semua borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi J3K untuk pengesahan dan tindakan seterusnya dihantar ke Penyelaras DUN masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here