Cina Terengganu Kembali Sokong BN

0
227

3000 orang masyarakat cina bersama kepimpinan kerajaan negeri dalam satu majlis himpunan masyarakat cina daerah Kemaman di Dewan Serbaguna Cukai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri YB Ir Rosli Othman mewakili YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan program MB bersama Masyarakat Cina Kemaman.

Beliau berkata, kehadiran masyarakat cina malam ini mengambarkan bahawa kaum Tiong Hua sudah kembali bersama BN.

Katanya lagi, malam ini jelas kita dapat lihat kehadiran mereka dari warga emas hingga ke belia turut sama dalam program malam ini.

Turut hadir Dato’ Mohamad Awang Tera Pegawai Penyelaras Dun Cukai, Mohd Zahari Mohd Azahar Pegawai Daerah Kemaman.

Sebanyak 27 persatuan-persatuan mewakali masyarakat cina kemaman malam ini mendengar amanat kerajaan BN Terengganu menerusi Ir Rosli yang juga Adun Kemasik.

Sehubungan dengan itu wakil Persatuan Kelab Cina Kemaman Dato’ Alex Teck Hwa, kita boleh menilai yang mana intan yang mana kaca, kita tahu yang mana menolong ketika susah dan datang ketika senang.

Katanya, pada kali ini juga berazam akan terus membantu kerajaan BN hari ini dan memenangkan BN bagi Dun Cukai serta seluruh negeri Terengganu.

‘Selama ini kerajaan BN yang banyak membantu masyarakat cina di Kemaman dari pembangkang di negeri’

‘Ianya jelas apabila kami dilanda musibah sebelum ini hanya kerajaan BN dan wakil rakyat BN banyak membantu’, ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here