Bumiputera Pulau Pinang terendah, Terengganu paling tinggi sertai PKS

0
280

PULAU PINANG – Hanya 14.8 peratus golongan Bumiputera di negeri ini melibatkan diri dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sekali gus menunjukkan jumlah paling rendah berbanding negeri lain.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Terengganu yang mencatat penglibatan tertinggi Bumiputera sebanyak 87.5 peratus.


“Ini bermaksud, daripada 100 syarikat PKS, hanya 14 sahaja Bumiputera di negeri ini yang menjalankan perniagaan berkenaan.


“Kasihan dengan nasib mereka, kita harap Kerajaan Persekutuan bantu untuk menambahkan lagi bilangan ini pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan Program In-Store di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini hari ini.


Program yang menyaksikan kerjasama dengan Malaysia Airport Berhad (MAB) itu memberi peluang kepada sembilan syarikat dan usahawan PKS Bumiputera negeri ini mempromosi dan memasarkan pelbagai jenis produk mereka di LTAPP. -UTUSAN ONLINE.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here