(Video) Buffon menangis Itali gagal ke Piala Dunia 2018

0
511

JANGAN berasa segan jika anda mengalirkan air mata apabila Gianluigi Buffon (gambar) dirakamkan menangis ketika ditemubual oleh pemberita selepas penyingkiran mengejutkan pasukan Itali daripada kelayakan Piala Dunia menentang Sweden.

Ini kerana ramai peminat bola sepak turut berduka cita dengan insiden tersebut.

Penjaga gol legenda itu tidak dapat menahan emosi selepas kemunculan kali ke-175 berakhir dengan kekalahan tuan rumah di San Siro.

Memetik laporan Eurosport, tangisan Buffon itu kemudiannya tersebar di laman sosial dengan pantas.

Buffon sudah membuat keputusan untuk menggantung sarung tangannya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia dan nampaknya dia terpaksa ‘bercuti’ lebih awal.

Buffon berkata: “Kami berbangga, kami pasukan yang kuat, kami degil. Kami akan bangun semula seperti yang biasa kami lakukan.

“Saya akan meninggalkan pasukan kebangsaan yang tahu bagaimana untuk bangkit semula.

“Saya harapkan yang terbaik untuk semua terutamanya kepada mereka yang berkongsi perjalanan ini bersama saya,” ujarnya sebak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here