Budak 2 tahun koma dipatuk ular tedung senduk (4 Gambar)

0
2612

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan koma selepas dipatuk seekor ular tedung senduk di rumahnya di Persiaran Putra 9, Bandar Baru Putra, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Izz Fayyad, 2, dikatakan dipatuk pada ibu jari kaki kiri ketika sedang tidur.

Menurut sumber, sebaik saja kejadian itu berlaku mangsa terus dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk menangkap ular tersebut, sebelum dibawa ke hospital bagi pengesahan jenis ubat.

“Keadaan mangsa setibanya di hospital agak lemah dan matanya kuyu, menandakan saraf mangsa sudah terkena kesan bisa haiwan berkenaan.

“Pihak hospital telah memberi 10 vial antivenom (vaksin rawatan) pada mangsa dan buat masa ini, keadaan mangsa masih dipantau oleh pihak hospital.

“Pihak hospital telah memasukkan tiub ke dalam mulut mangsa untuk membantu pernafasan,” kata sumber.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here