26 C
Kuala Terengganu
Saturday, 18 November 2017
Home Dalam Negeri Brown dakwa Ambiga beri maklumat pembayaran 1MBD

Brown dakwa Ambiga beri maklumat pembayaran 1MBD

0
138

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menamakan be­kas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

S. AMBIGA

Brown menjelaskan, bekas Pengerusi Bersih itu memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MBD kepadanya pada Julai tahun lalu.

SARAWAK REPORT AND CLARE
SARAWAK REPORT AND CLARE

“Ambiga beritahu bahawa sumbernya itu boleh dipercayai dan menjangkakan jumlah yang telah dibayar sekitar RM90 juta,” kata Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu seperti yang dilaporkan sebuah portal Malaysia Insight.

Dokumen mahkamah itu telah difailkan berhubung saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Brown pada April lalu.

Dalam saman tersebut, Abdul Hadi mendakwa beliau telah difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connectio bertarikh 6 Ogos, 2016.

Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan untuk menyogok Pas untuk menyebelahi Barisan Nasional (BN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here