Bina bumbung stadium di Gong Badak

0
1383
Bantuan tayar percuma 2017 kepada pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Kuala Nerus – Kerajaan negeri akan membina bumbung baharu bagi kemudahan dan kegunaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu telah ditugaskan untuk mereka bentuk bumbung yang sesuai dengan infrasturktur stadium berkenaan sekaligus akan memberi kemudahan lebih selesa kepada peminat sukan yang hadir ke stadium berkenaan.

‘Kerajaan telah membuat keputusan untuk membaiki Stadium Sultan Mizan untuk kita pasang bumbung sehingga selesai’.

‘Kita telah berbincang dengan Pengarah JKR supaya membuat reka bentuk atap yang sesuai dengan stadium berkenaan dan apabila siap kelak akan menjadikan pemandangan lebih menarik dan tarikan baharu di Kompleks Sukan Negeri’ katanya ketika berucap di Majlis Penutup Program Karnival Minggu Wanita dan Kesihatan DUN Seberang Takir hari ini .

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Ahmad Razif turut mengumumkan kerajaan negeri turut bersetuju untuk membina asrama atlet yang akan dibangunkan di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

‘Kerajaan negeri juga bersetuju membina asrama atlet di Gong Badak dengan nilai RM100 juta yang akan dibuat pada bila-bila masa untuk kemudahan atlet sukan negeri Terengganu’.

‘Kompleks Sukan Negeri akan lengkap dengan adanya litar lumba antarabangsa, stadium dan asrama selepas ini’ tambahnya. – Terengganu Times

Baca : Pertandingan bubur asyura pupuk muafakat dalam masyarakat

Baca : Prof Ridhuan Tee, Ustaz Farid Ravi sampai ceramah Forum Perdana di Telaga Daing

Maimunah Yahya dipilih Tokoh Wanita DUN Seberang Takir 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here