#BanjirTerengganu: 3,200 Skuad Sukarelawan TTB sedia dikerah bila-bila masa

0
496

HULU TERENGGANU – Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi musim banjir di Terengganu yang bermula hari ini.

Baca: Terengganu mula dilanda banjir

Baca: Kerajaan negeri telah bersiap awal hadapi banjir – MB Razif

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat seramai 3,200 sukarelawan yang terdiri daripada belia-belia Terengganu akan dikerahkan di semua 32 DUN bagi membantu pihak bomba, Polis Diraja Malaysia(PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain.

Katanya sebagai persediaan menghadapi banjir, anggota sukarela TTB telah diberikan latihan asas untuk menghadapi bencana alam itu.

“Kursus pertama adalah di Besut yang merupakan satu kursus tahap yang lebih tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Setiap minggu proses ini berjalan melibatkan 100 orang dari setiap DUN,” katanya.

Rozi yang juga ADUN Telemong berkata Skuad Sukarelawan TTB bersiap sedia bukan sahaja kepada banjir tetapi juga meliputi semua bencana yang berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here