Banjir: Tiga sekolah di Dungun, Kemaman ditutup esok

0
1828

KUALA TERENGGANU – Tiga sekolah rendah masing-masing dua di daerah Dungun dan satu di Kemaman yang baru memulakan sesi persekolahan hari ini, terpaksa ditutup esok, berikutan dinaiki air dan terputus hubungan akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja dan SK Kampung Shukor di Dungun, serta SK Padang Kubu di Kemaman.

Beliau berkata, penutupan tiga sekolah itu menjejaskan keseluruhan seramai 400 murid, 56 guru dan 17 anggota kumpulan pelaksana (AKP).

“Seramai 63 murid, 17 guru dan sembilan AKP di SK Pasir Raja selain 73 murid, 13 guru dan tiga AKP di SK Kampung Shukor tidak dapat beroperasi kerana terjejas banjir.

“SK Padang Kubu pula mengakibatkan seramai 264 murid, 26 guru dan lima AKP tidak dapat ke sekolah yang terputus hubungan kerana jalan ditenggelami banjir,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here