Banjir Terengganu pulih sepenuhnya hari ini

0
122

KUALA TERENGGANU – Banjir di Terengganu kembali pulih sepenuhnya selepas kesemua penduduk yang menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Kemaman dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua PPS tersebut telah ditutup pada pukul 10 pagi tadi dan tujuh keluarga terakhir yang pulang ialah dari Surau Pulau Tempurung.

“Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok yang menampung seramai 843 mangsa banjir daripada 189 buah keluarga sehingga tengah malam tadi kesemuanya telah pulang ke rumah pada pukul 8 pagi tadi.

“Seramai 25 mangsa tersebut mula meninggalkan PPS Surau Pulau Tempurung pada pukul 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemaman merupakan daerah paling terjejas akibat banjir selepas berlaku pertembungan air pasang besar dan air sungai di kawasan Hulu Kemaman yang melimpah pada Selasa lalu. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here