Banjir Terengganu : Hanya sedikit perubahan jumlah mangsa banjir pagi ini

0
177

Banjir Negeri Terengganu pada hari ketiga tidak banyak perubahan yang berlaku dengan 333 mangsa daripada 110 keluarga masih berada di beberapa pusat pemindahan.

Setakat jam 10.00 pagi ini penurunan mangsa banjir hanya sedikit dengan 4 keluarga berbanding 343 mangsa (114 keluarga) malam tadi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh web Info Banjir dan info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka di daerah Kemaman dan Dungun.

Sementara itu di daerah Dungun melibatkan mangsa 256 orang dengan 93 keluarga di tiga pusat pemindahan manakala di Kemaman terdapat 77 orang yang melibatkan 17 keluarga.

Selain itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel Che Adam A Rahman berkata pagi ini hujan renyai dan sesekali lebat di hampir kebanyakan daerah di Terengganu.

Keadaan tersebut dan dijangka akan berterusan sehingga esok.

Sehubungan dengan itu juga, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata dua sekolah ditutup hari ini kerana digenangi air iaitu SK Pasir Raja di Dungun melibatkan 63 murid dan 17 guru serta SK Pasir Gajah di Kemaman melibatkan 213 murid dan 23 guru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here