Banjir Terengganu : 2209 orang mangsa banjir Kemaman hari kelima

0
233
Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin melawat mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan di Pusat Pemindahan SK Bukit Mentok dan surau kg Pulau Tempurung, Kemaman.

Sebanyak 15 pusat pemindahan banjir yang dibuka masuk hari ke lima bagi daerah Kemaman yang melibatkan 534 keluarga dan 2209 orang mangsa.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Lt Kolonel Che Adam A Rahman berkata, cuaca di Terengganu agak baik dan tiada hujan hari ini.

Katanya, air yang melimpah di kawasan kuala disebabkan air pasang setinggi 3.6 meter semalam dan air dari pendalaman yang turun ke kuala menyebabkan beberapa kawasan tersebut ditenggelami air.

“Semalam air pasang besar dan bertembung dengan air dari hulu (pendalaman) yang menyebabkan kenaikan air di kawasan kuala”, katanya.

Dalam pada itu, beliau yang berada di Kemaman untuk memantau keadaan dan proses kawalan keadaan banjir di kawasan tersebut.

Selain itu, Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan SK Bukit Mentok dan surau kg Pulau Tempurung, disini.

TARIKH : 05.01.2018 (JUMAAT)
MASA : 1200HRS

KEMAMAN

Dewan Org.Ramai Teladas.
(DITUTUP)
Jam :8.30 am/05.01.2018

1. Surau Hj.Othman Kg.Seberang Tayor Hulu.
Bil.Keluarga : 17
Bil.Mangsa : 59

2. Surau Kg.Ban Ho.
Bil.Keluarga : 5
Bil.Mangsa : 26

3. Pusat Perpindahan Kg Pasir Gajah.
Bil.Keluarga : 4
Bil.Mangsa : 12

4. Surau Pulau Tempurung.
Bil.Keluarga : 18
Bil.Mangsa : 105

5. Dewan Org.Ramai Batu 14.
Bil.Keluarga : 16
Bil.Mangsa : 65

6.Masjid Kg.Batu 16.
TUTUP
Tarikh:5/1/2018
Jam:10.00 am

7. Masjid Kg.Batu 14.
Bil.Keluarga : 3
Bil.Mangsa : 10

8. SK.Bukit Mentok.
Bil.Keluarga : 189
Bil.Mangsa : 843

9. Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor.
Bil.Keluarga : 47
Bil.Mangsa : 175

10. SK. Chukai.
Bil.Keluarga : 40
Bil.Mangsa : 159

11. PPS.Lubuk Megat.
Bil.Keluarga : 4
Bil.Mangsa : 23

12. SK Binjai.
Bil.Keluarga : 17
Bil.Mangsa : 84

13. Dewan Berlian MPK.
Bil.Keluarga : 83
Bil.Mangsa : 299

14. SK Seri Iman
Bil.Keluarga :126
Bil.Mangsa : 504

TOTAL KEMAMAN:
P.Pemindahan : 13
Keluarga : 569
Mangsa : 2364

*DUNGUN*

1. Dewan Org/Ramai Pasir Raja.
Bil.Keluarga : 16
Bil.Mangsa : 31

2. Dewan Org/Ramai Kg.Shukor.
Bil.Keluarga : 61
Bil.Mangsa : 175

TOTAL DUNGUN :
P.Pemindahan : 2
Keluarga : 77
Mangsa : 206

TOTAL KESELURUHAN
– P.Pemindahan : 15
– Bil. Keluarga : 646
– Bil. Mangsa : 2570

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here