Banjir: Portal Pro Harapan Terengganu Berbohong

0
295

Pembangkang dan fitnah berpisah tiada. Bencana banjir yang berlaku di Kampung Damak menjadi modal fitnah terbaharu Pakatan Harapan Terengganu terhadap kerajaan negeri.

Pakatan Pembangkang seakan ketandusan isu sehinggakan sanggup menjadikan isu banjir sebagai peluru untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri dengan rekaan cerita yang tidak masuk akal.

Sudah nama pun pembangkang, segala jasa dan sumbangan kerajaan hanya dipandang sebelah mata kerana keutamaan mereka hanyalah mencari kelemahan agensi kerajaan yang terlibat bencana.

Fakta sebenar junlah mangsa banjir yang terlibat cuma dua keluarga iaitu seramai 14 org mangsa dan ia bukan seperti yang dikatakan oleh portal Harapan Terengganu yang laporkan iaitu 30 orang.

Sementara itu berkenaan laporan tiada tindakan daripada jabatan kerajaan negeri dan pusat adalah tidak benar kerana Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) dan beberapa agensi lain kerap memantau perkembangan semasa di beberapa tempat yang mengalami hujan lebat dan ada sebilangan buah rumah telah dinasihatkan untuk berpindah ke pusat permindahan namun ditolak kerana mahu tinggal di kediaman masing-masing.

Pejabat Pembangunan Parlimen Kuala Nerus turut serta turun padang bagi melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku di kawasan sekitar.

Sebagai pihak pembangkang yang cakna, mereka sewajarnya bersama-sama membantu dan menyumbang keringat bagi meringankan beban mangsa banjir daripada menunding jari menuduh tanpa usul periksa yang hanya tidak membawa sebarang makna.

Agensi-agensi kerajaan diminta terus konsisten membantu mangsa tanpa mengira fahaman politik demi kemudahan rakyat.

Tranung Molek Doh!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here