Banjir: Dua pusat pemindahan dibuka di Dungun

0
602

DUA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 55 mangsa daripada 20 keluarga di Dungun, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah Dungun memaklumkan, PPS yang terbabit ialah Dewan Orang Ramai Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Syukor yang dibuka serentak 5.30 petang tadi.

“Dewan Orang Ramai Pasir Raja menempatkan tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak.

“Di Kampung Syukor, seramai 49 mangsa terdiri 19 perempuan dewasa, 16 lelaki dewasa dan 14 kanak-kanak.

“Walaupun hujan sederhana dan sesekali lebat di daerah ini, air tetap naik menyebabkan penduduk terpaksa pindah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here