Banjir: Dua jalan utama di Hulu Terengganu ditutup

0
758

HULU TERENGGANU – Dua jalan utama di daerah ini ditutup setakat jam 6 petang tadi berikutan ditenggelami banjir ekoran hujan lebat yang melanda daerah ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ia melibatkan satu jalan persekutuan iaitu Jalan Bukit Diman – Felda Tersat serta jalan negeri melibatkan laluan jalan Batu 24 – Pengkalan Ajal.

“Bagi jalan Persekutuan kawasan dinaiki air ialah di Kampung Pengkalan Ajal melibatkan jarak 280 meter dengan kedalaman paras air 0.9 meter. Laluan ini ditutup kepada semua kenderaan dan jalan alternatif boleh menggunakan jalan Sekayu.

“Manakala bagi jalan negeri, melibatkan lokasi di Kampung Felcra Pasir Pelata dengan kedalaman air 0.4 meter dan jarak 100 meter. Laluan ini ditutup kepada kenderaan ringan, sebagai alternatif boleh gunakan laluan Bukit Diman,” katanya.

Tambah beliau, pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif dan sentiasa peka dengan situasi terkini serta mendapatkan maklumat tepat daripada sumber yang sahih.

Sumber: Sinar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here