Banjir di Terengganu semakin pulih

0
209

KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di negeri ini beransur pulih, dan dengan cuaca yang semakin baik, semakin ramai mangsa kini berpeluang pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua pusat pemindahan di daerah Hulu Terengganu telah ditutup petang semalam, disusuli dengan daerah Kuala Nerus, Marang dan Dungun manakala di tiga lagi daerah masih menampung 591 mangsa daripada 154 keluarga di tujuh pusat pemindahan menjelang tengah hari ini.

Sebahagian besarnya di Besut melibatkan 558 mangsa di lima pusat pemindahan manakala 53 mangsa, 28 lagi di satu pusat di Setiu dan lima mangsa di sebuah pusat di Kuala Terengganu. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here