#BajetTerengganu2016 / 15 : Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB di setiap Daerah

#BajetTerengganu2016 / 15 : Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB di setiap Daerah

810
0

kahwinttbKerajaan negeri wujud Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB di setiap Daerah.

Kerajaan Negeri prihatin dengan kehendak ramai, terutamanya golongan muda yang ingin mendirikan rumahtangga namun hasrat mereka sedikit terhalang ekoran kos perkahwinan yang semakin meningkat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis perkahwinan secara beramai-ramai bagi membantu golongan ini untuk berumah tangga selaras dengan salah satu prinsip TTB iaitu Keluarga Bahagia.

‘Urusan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan sebagaimana Sabda Nabi SAW, daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA, yang bermaksud: “Sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling memudahkan.”  (Riwayat Abu Daud)’.

‘Justeru bagi mempermudahkan urusan nikah kahwin golongan ini, Kerajaan Negeri mencadangkan Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB di setiap Daerah’.

‘Program ini bermula dari kursus perkahwinan, penyediaan tempat dan perbelanjaan untuk mengadakan kenduri kahwin beramai-ramai serta penyediaan jurunikah, semuanya dalam satu pakej’.

‘Sebagai permulaan, sebanyak RM2 juta diperuntukkan dan program ini dijangka dapat memberi faedah kepada sekurang-kurangnya 240 pasangan generasi TTB serta keluarga masing-masing’.

Walau bagaimanapun, menurut beliau program ini hanyalah untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali yang pertama sahaja.

Sementara itu, atas prinsip TTB yang sama iaitu Keluarga Bahagia, Ahmad Razif berkata Kerajaan Negeri menggalakkan setiap jabatan mengadakan Hari Keluarga peringkat Jabatan dengan peruntukan khas yang akan disediakan bermula tahun hadapan.

‘Program ini bertujuan membina hubungan yang baik antara Ketua Jabatan dan pekerja serta ahli-ahli keluarga mereka serta merapatkan solidariti’.

Leave a Reply