#Bajet2018 : Wakil Bank Dunia Turut Hadir

0
293

PEMBENTANGAN Bajet 2018 kali ini mencatitkan sejarah manis buat negara kita apabila wakil Bank Dunia turut hadir. Bank Dunia menzahirkan keyakinan terhadap prestasi ekonomi kita, memuji dasar-dasar, kenaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 kepada 5.2 peratus bg 2017.

Tepat jam 3.30 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2018 di Parlimen, perancangan kewangan tahunan kesembilan pentadbirannya.

Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan antara 5.2-5.7 peratus pd 2017, yakni lebih tinggi daripada unjuran pada Mac lalu iaitu 4.3-4.8 peratus. Sepanjang 8 tahun yang lalu, di sebalik pelbagai kerencaman dan cabaran ekonomi, Malaysia telah mampu membuktikan 2 aspek yang amat penting.

Pertama, kita telah capai prestasi hubungan dagang dan diplomasi pada tahap palig baik dan matang dengan kuasa besar seperti China, India, Arab Saudi dan AS.

Memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, ramai yang percaya Bajet 2018 akan mempunyai pelbagai pengumuman menarik dan menggembirakan.

Semalam, Najib dilaporkan memberitahu belanjawan yang akan dibentang itu adalah bajet inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat dan semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, selain memperkenalkan lebih banyak program untuk rakyat, termasuk yang belum dilaksanakan, beliau berkata, pembangkang juga akan mendapat bahagian yang saksama daripada bajet tersebut.

Turut tidak terkecuali menunggu “berita baik” adalah penjawat awam memandangkan mereka sering dianggap sebagai penyokong tegar bagi Umno dan BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here