#Bajet2018 : Pembangkang pun dapat – Najib Razak

0
212

Bajet 2018 akan memberi agihan projek dan peruntukan adil dalam semua wilayah dan negeri, termasuk yang dikuasai pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, semua itu dibuat berdasarkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh nafikan bekalan air rakyat contohnya, hanya kerana kita tidak mentadbir negeri berkenaan,” katanya pada taklimat kepada pengarang media di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sama juga keadaannya dengan projek lebuh raya melalui negeri dikuasai pembangkang yang memanfaatkan masyarakat walaupun mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

“Ada kalanya kita perlu melangkaui politik. Kami ingin menunjukkan kami adalah kerajaan yang bertanggungjawab.

“Soal sama ada mereka mahu mengundi atau tidak, itu terpulang tetapi kami mahu memenuhi kewajipan sebagai kerajaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here