#Bajet2018: Naik taraf HSNZ Beri Banyak Manfaat – Pengarah Kesihatan Terengganu

0
1066

KUALA TERENGGANU – Pesakit jantung di negeri ini tidak perlu lagi ke Institusi Jantung Negara (IJN) tahun hadapan berikutan pengumuman bajet 2018, Unit rawatan jantung Hospital Sultanah NurZahirah bakal dinaik taraf.

 

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, kemudahan ini akan memberi faedah kepada pesakit jantung ldi Terengganu kerana tidak perlu ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

 

Katanya,selepas ini bermakna kes-kes yang memerlukan rawatan kardiology boleh diberi oleh HSNZ tanpa merujuk IJN ataupun lain-lain hospital.

 

“Pengumuman bajet 2018 untuk naiktaraf Unit rawatan Jantung ini sesuai dengan peningkatan kes-kes bermasalah jantung yang kian meningkat saban tahun.

 

“Kami sudah ada Unit Kardiologi sejak tahun 2010 dengan dua orang pakar yang membolehkan kes rawatan jantung seperti angioplasty (baiki saluran jantung tersumbat), memasang pacemaker( bateri jantung)  dan rawatan rapi serangan jantung dserta rawatan pemulihan dibuat di HSNZ tanpa perlu merujuk ke IJN tetapi dengan kapasiti terhad antara 20 sehingga 30 kes sahaja dalam seminggu.

“Lebih malang lagi kita tiada kemudahan wad kardiologi dan wad pemulihan jantung yang lengkap dan moden dan wad ICU jantung sangat terhad dan sempit,katanya ketika dihubungi oleh penulis Terengganu Times hari ini melalui Whatapps.

 

Tambahnya, wad pemulihan jantung HSNZ hanya ada  16 katil sahaja sebelum ini dan bercampur denagn pesakit lelaki dan perempuan.

 

“Dengan menaik taraf yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ini, bilangan katil akan ditambah dan peralatan lebih moden dan canggih untuk pesakit jantung akan disediakan.

 

“Namun bukan semua masalah kes pesakit jantung boleh dirawat di HSNZ, sekiranya ianya melibatkan kes-kes jantung yang kompeks ia masih perlu dirujuk ke IJN, ujarnya lagi -Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here