Bajet Terengganu beri impak pertumbuhan ekonomi negeri – Pengerusi GPMS Terengganu

0
530

Pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu pada tahun depan dijangka kekal meningkat kesan positif daripada Bajet Terengganu 2018 yang dibentang pada minggu lalu.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu Tengku Hapiez Tengku Putera berkata, perancangan yang dibuat akan memberi kesan jangka pendek dan panjang khususnya kepada negeri serta rakyat.

‘Kerajaan telah menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dalam mentadbir negeri jika kita lihat pertumbuhan ekonomi pada tahun ini 3.8 peratus berbanding 3.1 peratus pada 2016’.

‘Tahun lalu kerajaan berhadapan dengan isu harga minyak yang tidak menentu yang memberi kesan kepada Bajet negeri namun alhamdulillah kepimpinan kerajaan negeri berjaya memacu pertumbuhan ekonomi meningkat’ katanya dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mendengar pendapat belia yang berharap Bajet 2018 memberi fokus kepada 3P.

‘800 responden daripada belia memberi pandangan dalam tiga perkara utama iaitu 3P iaitu Perumahan, pekerjaan dan menanganu peningkatan kos sara hidup dan ketiga-tiga perkara ini telah disentuh oleh YAB Menteri Besar ketika pembentangan Bajet minggu lalu’ katanya. – Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here