Bajet Terengganu 2018: Kerajaan negeri komited bantu usahawan

0
644

Kerajaan negeri cakna dan komited dalam membantu usahawan mengembangkan lagi produk perniagaan sehingga ke pasaran luar Terengganu.

Pemilik Ziq Bakery & Cake, Suzana Salleh berkata, dengan pelbagai dana yang disalurkan oleh kerajaan negeri sangat membantu usahawan menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.75 juta di bawah Dana Tranformasi Belia Niaga malalui Projek Infra Niaga untuk usahawan negeri ini.

‘ Bajet yang kerajaan negeri sediakan adalah julung-julung kali dan kerajaan negeri amat menitik beratkan golongan usahwan seperti kami sebab jika dikira bajet agak besar untuk usahawan dan saya beterima kasih kerana kerajaan negeri cakna kepada usahawan’.

‘Kami berharap bajet ini dapat membantu usahawan melonjakkan lagi bisnes yang dibuat sekarang ini memandangkan keadaan ekonomi yang tidak  menentu kerana kami sebagai usahawan berada dalam keadaan sukar dengan perniagaan kerana kos bahan mentah yang mahal dan sebagainya’ katanya dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 di Wisma Darul Iman hari ini.

Tambahnya kerajaan negeri memberi banyak ruang dan peluang untuk usahawan seperti mengadakan karnival Beautiful Terengganu di luar Terengganu sebagai platform untuk usahawan meluaskan pasaran untuk produk mereka.  – Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here