Bajet Terengganu 2018 : Fokus 3P keutamaan Kerajaan BN Terengganu

0
257

KUALA TERENGGANU – Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan baru-baru ini telah menekankan isu perumahan dan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera di negeri ini.

Ketua Pengurusan Risiko Pusat Transformasi Perancangan Strategik & Risiko Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Roshaiza Taha berkata, apabila rakyat dapat memiliki rumah, secara tidak langsung kerajaan negeri dapat menangani masalah sosial kerana kehidupan rakyat lebih teratur.

“Rumah yang dibina contohnya rumah mampu milik dilengkapi dengan kemudahan yang selesa. Pada pendapat saya, kerajaan cuba mewujudkan konsep ‘rumahku syurgaku’ dan rasa ingin balik ke rumah terutamanya kepada anak-anak. Ini sekaligus mengurangkan masalah sosial seperti gejala lepak dan sebagainya,” katanya dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 yang diadakan di Wisma Darul Iman hari ini.

Terdahulu dalam Bajet Terengganu 2018, sebanyak enam ‘touchpoint’ diberikan khusus untuk menggalakkan pemilikan hartanah antaranya Program Perumahan Terengganuku Sayang (PPTS), Program My Beautiful New Home, rumah mampu milik dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia.

“Selain itu Tabung Perumahan yang memberi pinjaman tanpa faedah sehingga maksima RM40 ribu dan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (Tapak Rumah) juga diperkenalkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here