Bajet Terengganu 2018 adalah bajet berfokus – Dr. Roshaiza

0
360

Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat Terengganu.

Ketua Pengurusan Risiko Pusat Transformasi Perancangan Strategik & Risiko Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr. Roshaiza Taha berkata, selain daripada itu bajet ini memberi fokus kepada B40, menaik taraf ekonomi negeri dan meneruskan bantuan sara hidup.

‘Kerajaan negeri berusaha cuba merapatkan jurang antara golongan kaya dan golongan berpendapatan rendah’.

‘Kejayaan menghapuskan ketua isi rumah yang dalam definisi miskin tegar dan kita dapat tengok peratusan tenaga kerja berpendidikan tinggi bagi Terengganu 30 peratus dan mengatasi purata nasional 28 peratus’.

‘Pendapatan bulanan isi rumah Terengganu pada 2016 lebih purata kebangsaan pada 2014 ini adalah kejayaan yang sangat membanggakan’ katanya dalam Bicara Bajet Terengganu 2018 yang diadakan di Wisma Darul Iman yang dipengacarakan oleh Muhd Aimin Mohd Tahir yang bertindak sebagai moderator.

Tambahnya, Bajet Terengganu 2018 meliputi semua peringkat yang dirangka berdasarkan hasrat rakyat hasil siri jelajah di lapan daerah seluruh Terengganu. – Terengganu.news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here