Bajet 2018: Kerajaan Negeri ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan

0
797
Bajet 2018: Kerajaan Negeri Terengganu ucap terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan negeri Terengganu menyambut baik Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengucapkan terima kasih bagi beberapa permintaan yang dimohon sebelum ini telah diluluskan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Bajet 2018 amat signifikan untuk membantu rakyat dan negara dalam menghadapi cabaran ekonomi yang mencabar pada tahun hadapan.

Tambahnya bajet kali ini membuktikan kepimpinan negara melakukan tadbir urus yang cemerlang demi kebajikan dan kemakmuran rakyat sekaligus menepis tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mereka dakwaan yang tidak berasas tentang ekonomi Malaysia.

‘Di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang jatuh di pasaran dunia, ekonomi negara kita diurus dengan sangat baik sehingga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan agensi – agensi penarafan antarabangsa’.

‘Jelas penyediaan Bajet ini sangat terperinci dan menyeluruh terutamanya memberi manfaat kepada golongan B40, berdasarkan 8 petunjang yang digariskan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana dua kelompok utama iaitu pertama usahawan mikro termasuk usahawan wanita dan kelompok kedua iaitu para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah mendapat perhatian besar dalam Bajet ini.

‘Setengah billion melalui TEKUN dan tambahan RM 200 juta lagi kepada AIM serta RM 6.5 billion untuk para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah ini adalah luar biasa dan meningkatkan pembinaan daya kapasiti mereka untuk berdikari dan berjaya’.

‘Bagi pihak rakyat dan kerajaan Negeri Terengganu, saya juga ingin ucapkan terima kasih di atas perancangan projek fizikal dan peruntukan oleh Kerajaan Pusat untuk Negeri Terengganu sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Ini termasuk pelaksanaan Projek ECRL, rumah-rumah MyBNHomes, Pusat Cardiology dan Cardio-thoracic di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu’ katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Selain itu, PM turut mengumumkan peruntukan untuk membina kemudahan kesihatan, bantuan khas untuk penjawat awam, pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)yang akan dimulakan pada Januari 2018 dan melaksanakan projek perumahan My Beautiful Homes untuk golongan B40 di negeri Terengganu.

Bajet 2018 yang bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi & Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50 melaksanakan pembangunan negara yang merujuk dan berasaskan kepada Maqasid Syariah bagi meningkatkan taraf hidup semua rakyat di seluruh negara. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here