Bajet 2018 fokus jadikan Malaysia 20 negara maju

0
127

ALOR SETAR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan bajet yang dibentangkan Pakatan Harapan sebagai bajet sandiwara atau kelentong (tipu) yang tidak realistik dilaksanakan.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, Bajet 2018 yang dibentangkan kerajaan baru-baru ini adalah mempunyai visi tinggi untuk membawa Malaysia sebagai 20 negara terbaik dunia.

“Kerana kita (Barisan Nasional) tahu mentadbir dan ada kekuatan bukan seperti pembangkang yang bentangkan bajet sandiwara, kelentong (tipu) kerana mereka kata nak mansuh tol lebuh raya sedangkan di utara dan selatan sahaja akan libatkan kos RM40 bilion mana nak dapat?

“Saya tidak boleh nak tadbir dengan menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal. Kalau kita janjikan sesuatu kita mesti tunaikan, saya sebagai Perdana Menteri harus tunaikan.

“Kalau mansuh PTPTN pula akan libatkan RM40 bilion, mana mereka (pembangkang) nak dapat?” katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Kira-kira 7,000 penjawat awam di Kedah hadir dalam majlis tersebut.

Berucap lanjut beliau menyeru agak penjawat awam di peringkat negeri dan pusat bersatu hati bagi melaksanakan setiap dasar dan perancangan disediakan kerajaan.

“Inilah kerajaan kita pegawai kerjaan mesti bersama-sama kerana apa yang dibentangkan penting untuk dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here