Bahagian 1 : ELAK CUKAI ADALAH JENAYAH KEWANGAN 

0
173

Semakin maju sesebuah negara, maka semakin berleluasa jenayah yang berlaku, termasuklah jenayah kewangan atau jenayah kolar putih secara umumnya. Malaysia juga tidak terlepas dan akan melalui saat itu dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 dan TN50.

Hal ini dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK), Malaysia yang menunjukkan kerugian akibat jenayah kolar putih berjumlah RM2.43 bilion pada tahun 2016 ataupun peningkatan sebanyak 95.10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ramai pembayar cukai yang patuh dan melaporkan pendapatan yang betul namun masih terdapat sebilangan pembayar cukai yang culas dan melaporkan pendapatan yang salah sehingga menyebabkan negara kehilangan hasil yang sewajarnya diterima”, ujar Datuk Sabin Samitah, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, “

Melihat kepada konteks percukaian, jenayah kewangan melibatkan segelintir pembayar cukai yang memanipulasikan kaedah kewangan dan undang-undang dalam usaha membayar cukai pendapatan dengan jumlah minima atau mengelak dari membayar cukai kepada negara.

Manipulasi terancang seperti penipuan tuntutan faedah, pinjaman dalam kumpulan syarikat, urusniaga luar pesisir atau tuntutan insentif yang tidak layak dituntut atau memanipulasikan akaun syarikat.

Malah terdapat syarikat multinasional yang mengambil kesempatan ke atas perbezaan undang-undang percukaian antara negara-negara tertentu yang membolehkan mereka membayar cukai dengan kadar yang paling minima.

Kaedah pengelakan cukai ini termasuklah memindahkan operasi perniagaan di negara-negara yang kadar cukai pendapatannya yang rendah atau kadar cukai pendapatan sifar seperti Kepulauan Cayman dan Panama.

Tindakan berani ini seperti memandang remeh akan undang-undang percukaian negara dan mencabar pihak berkuasa.

Perbuatan segelintir pembayar cukai termasuk syarikat besar bertaraf multinasional ini nyata merupakan satu jenayah kewangan dan tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here