“Bagi La Laki Kau Kat Aku Yang Anak Dara Tua Ni”

0
979

TERGAMAKKAH anda secara membabi-buta melabel atau menyebut perkataan seperti anak dara tua kepada seseorang wanita?

Menerusi perkongsian yang diterima Mynewshub , terpampang satu kisah mengenai seorang wanita yang telah berkahwin tetapi merendahkan seorang gadis lain yang baru berusia 24 tahun ini dengan panggilan ‘anak dara tua’.

Berdasarkan screenshot perbualan menerusi aplikasi WhatsApp itu, wanita tersebut pada mulanya buat-buat bertanyakan perkembangan perniagaan gadis berkenaan.

Namun, tiba-tiba dia bertanyakan soalan peribadi tentang bilakah gadis itu hendak berkahwin dan dengan selamba mengatakan gadis itu sebagai ‘anak dara tua’.

Kata wanita itu, dia kasihan dengan status bujang yang dimiliki gadis itu kerana pada pandangannya usia 24 tahun itu sepatutnya seseorang wanita sudah mendirikan rumah tangga.

Sebenarnya satu bentuk pemikiran yang agak kolot dan bertaraf makcik bawang. Menjadi hak seorang wanita untuk memilih bila dia mahu menamatkan zaman bujangnya. Tidak perlu la nak pandai-pandai letak label dan timeline pulak.

Mungkin terasa hati dengan cara kasar wanita itu bertanya, gadis berkenaan memberikan jawapan balas yang padu.

“Yela, suami akak bila nak pinang saya jadi madu akak….saya ok aje…”

Padan muka bukan….

Alang-alang prihatin sangat sampai menghina perasaaan orang lain, nah rasakan jawapan balas gadis berkenaan.

Akibat berang dengan kenyataan itu, wanita tersebut seakan tidak dapat mengawal amarah dan emosinya lalu memaki gadis berkenaan.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut block gadis itu daripada aplikasi tersebut.

Tahu pula terasa hati.

Itulah… kan dah kena! Mungkin sebab inilah orang kata jangan selalu jaga tepi kain orang. – MYNEWSHUB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here