*Badrol Hisham Wakil PBSM Beri Sumbangan Kebakaran Di Padang Midin*

0
576

Keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Padang Midin, semalam terus mendapat perhatian sama ada daripada kerajaan negeri, NGO dan badan sukarela.

Terbaharu, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Terengganu (PBSM) tampil menghulurkan bantuan keluarga Hatta Wahad,37 terlibat dalam musibah itu sebagai sebahagian daripada khidmat sosial badan berkenaan.

Timbalan Pengerusi PBSM negeri, Badrol Hisham Zaki berkata, selain menjadi badan sukarela yang sering memberi pertolongan cemas kepada mangsa ketika berlakunya sesuatu kejadian atau kemalangan, PBSM juga turut membantu mereka yang berada dalam kesusahan setelah ditimpa musibah.

“Anggota sukarela PBSM juga turut membantu mereka yang susah supaya dapat meringankan beban yang mereka tanggung terutama melibatkan kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

“Seperti hari ini, kita datang berjumpa sendiri dengan keluarga mangsa kebakaran rumah untuk mengetahui perkembangan mereka setelah terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas kejadian semalam hari,” katanya kepada TerengganuTimes.

Badrol berkata, PBSM sentiasa aktif dalam memberi bantuan kepada golongan seperti itu termasuk mangsa banjir.

“Hari ini kita sumbang pakaian harian, barangan keperluan asas (harian) kepada keluarga Hatta,

“Dengan bantuan tidak seberapa ini, ia dapat meringankan beban Hatta dan 7 anak-anaknya serta ahli keluarga kerana mereka masih lagi terkejut dengan apa yang menimpa. Sokongan orang ramai perlu untuk memulihkan kembali semangat mereka setelah rumah hangus terbakar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here