Azmin berbohong, sebenarnya Terengganu mendahului Selangor dalam beri bantuan kebajikan rakyat

0
737
Negeri Terengganu diiktiraf sebagai negeri paling banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat mengatasi Selangor.

Kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa beberapa kandungan Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diambil daripada bajet Selangor adalah tidak berasas.

Azmin seperti syok sendiri berkata demikian kerana sebenarnya Terengganu adalah negeri mendahului Selangor dalam menyalurkan pelbagai bantuan kebajikan kepada rakyat.

Azmin hanya berbangga dengan bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sahaja kerana bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Terengganu lebih menyeluruh dan meliputi kepada keseluruhan rakyat bermula dari peringkat umur bayi sehingga bantuan kepada warga emas.

Pada setiap tahun kerajaan negeri Terengganu akan memperuntukan lebih daripada RM100 juta bagi pemberian pelbagai bantuan yang disasarkan kepada rakyat Terengganu yang tidak berkemampuan.

Jika dilihat Terengganu sudah memulakan bantuan sejak berpuluh tahun seperti bantuan Dana Bakti Remaja Transformasi Orang Muda TTB yang disasarkan kepada golongan muda dan telah diberikan sejak tahun 2005 lagi yang memberi banyak manfaat kepada golongan muda.

Bantuan Persediaan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pula telah dilaksanakan sejak 2006 yang berperanan membantu pelajar membuat persediaan dan persiapan sebelum melangkah ke menara gading.

Bantuan Dana Raya yang mula diperkenalkan sejak 2005 yang lazimnya diagih menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk membeli keperluan perayaan orang miskin, warga emas dan Orang Kurang Upaya.

Azmin seharusnya lebih banyak membuat ‘home work’ sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia hanya akan memalukan diri beliau sendiri beliau boleh diibaratkan seperti peribahasa bodoh sombong kerana hanya pandai bercakap besar sedangkan tiada apa-apa.

Azmin sepatutnya mengukur baju di badan sendiri sebelum melemparkan dakwaan yang tidak masuk akal kerana ia seolah-olah menunjukkan beliau seorang dangkal dan cetek ilmu pengetahuan.

Secara analisisnya Bajet 2018 mempunyai banyak kebaikan dan memenuhi keperluan kumpulan sasar dan meliputi semua lapisan rakyat termasuk beberapa perkara penting seperti bantuan untuk petani dan nelayan, meneruskan BR1M, meningkatkan kualiti sektor kesihatan dan banyak lagi. – Terengganu Times

Senarai Bantuan Kerajaan Terengganu:

1) Insentif kelahiran bayi – sejak 2015

Anak pertama hingga keenam – RM100

Anak ketujuh – RM200

Anak kelapan – RM300

Anak kesembilan – RM400

Anak kesepuluh hingga seterusnya – RM500

2) Dana Bantuan Persekolahan – RM100 – sejak 2005

3) Insentif pelajar STPM – RM1,000 – Sejak 2008

4) Bantuan persediaan IPT : Sejak 2004

Doktor Falsafah (sepenuh masa) – RM1,000.00

Sarjana (sepenuh masa) – RM1,000.00

Ijazah Sarjanamuda – RM1.000.00

Diploma/Integrasi – RM750.00

International Baccalaureat – RM500.00

Foundation. – RM500.00

Matrikulasi/A Level. – RM500.00

Sijil (Program dua tahun ke atas) – RM500.00

Sekolah Menengah Berasrama Penuh (Luar dari Negeri Terengganu) – RM500.00

Sekolah Menengah Berasrama Penuh (Dalam Negeri Terengganu)- RM300.00

Sijil (Program satu hingga dua tahun) – RM300.00

*Tambahan RM300.00 untuk IPT di Sabah dan Sarawak.

5) Bantuan Dana Bakti Remaja TOM – RM200 – sejak 2005

6) Bantuan Dana Raya : (Sejak 2005) Kategori OKU, warga emas, ibu/bapa tunggal -RM300 Kategori miskin- RM400

7) Tabung Darul Iman – Bantuan kewangan untuk rawatan – sejak 2016

8 – Insentif Pengayuh Beca – RM200 – Sejak 2015

9) Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok – untuk yang belum mempunyai tanah/rumah – Sejak 2017

10) Pemandu Bot Penambang – RM200 sebulan – 2015

#TranungMolekDoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here