Azman Ibrahim promosi diri jadi calon Pas PRU14?

0
531
Dr Azman Ibrahim

Menjelang tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin dekat, bertambah ramai pemimpin parti Pas sibuk mempromosikan diri dalam media massa memainkan semula isu lampau dengan harapan dirinya terpilih sebagai calon parti pembangkang itu kelak.

Gejala ini terpaut sama dengan Timbalan YDP Pas Setiu Dr Azman Ibrahim yang sering memberi kenyataan di portal milik parti itu sejak kebelakangan ini.

Beliau yang telah kalah sebanyak dua kali dalam PRU12 dan PRU13 seolah-olah mahu Pas memberi peluang ketiga untuknya bertanding sekali lagi dalam pilihan raya.

Azman mengatakan bekas pemimpin Umno Marang yang juga Pengerusi PPBM Marang teribat dalam drama lakonan menghalau murid Tadika ketika zaman Pas perintah Terengganu pada 1999 dulu tetapi selepas dicabar untuk membuat laporan polis bagi membuktikan tuduhan itu tidak berani dan hanya diam membisu.

Bahkan bekas pelajar dan guru Tadika yang dihambat keluar ketika pemerintahan Pas masih ada dan sedia membuat pendedahan mengenai tragedi yang berlaku itu pada bila-bila masa.

Tuduhan bekas petugas Umno yang sengaja membakar pos pilihan raya Umno ketika musim mengundi adalah tidak berasas dan sesiapa sahaja boleh membuat cerita dengan hanya bercakap kosong tanpa bukti yang kukuh. Kalau benar dakwaan ini kenapa PAS tidak membuat laporan polis?

Azman menuduh kerajaan negeri pada tahun 2004 merobohkan rumah rakyat adalah tidak benar kerana tanah yang diduduki adalah tanah milik kerajaan malah mereka yang terlibat telah dibayar pampasan setimpal setiap seorang.

Kes pemberian tanah ini ketika zaman Pas memerintah juga dikecam kerana mengagihkan kepada kroni dan penyokong Pas sahaja serta tidak melalui proses yang betul.

Dakwaan Masjid Bujal Kemaman juga telah diputar belit oleh pemimpin Pas kerana tempat berkenaan adalah markas Pas yang dibina di atas tanah kerajaan dan mereka mencipta isu roboh untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

Azman turut mendakwa UMNO mengambil tanah pertanian rakyat di Kampung Banggol Setiu dan isu ini adalah tidak betul kerana kerajaan negeri ketika itu melihat projek ternakan udang ini tidak berjaya mencapai sasaran dan menggantikan dengan Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) yang juga memberi peluang kepada rakyat setempat untuk menyertainya kerana program ini lebih menyeluruh yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian kerajaan pusat.

Azman perlu berhenti menjaja isu Pas demi kepentingan peribadi yang beliau impikan menjadi calon untuk kali ketiga.

Rakyat sudah muak dengan permainan Azman yang telah dua kali ditolak rakyat dalam PRU lalu dan ramai berharap beliau berhenti mempromosikan diri menjadi calon kerana rakyat tetap memilih Barisan Nasional sebagai pilihan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here