Azhar Idrus pilih PAS?

0
696

Penceramah pro pembangkang Azhar Idrus kini dikatakan terus kekal menyokong parti Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Menurut sumber dalaman Pas beliau tetap dengan pendirian menyokong Pas walaupun ada pihak yang menawarkan tempat beliau untuk berjuang bersama dengan Pakatan Harapan Terengganu.

Tambah sumber itu Azhar Idrus bakal berkempen secara terbuka untuk membantu kepada pengundi dan ahli Pas ketika PRU nanti dengan ceramah yang akan diadakan kelak.

Ini adalah kerana Parti Amahan Negara (PAN) tidak mempunyai imej Islamik yang mampu menarik minat orang ramai menyokong parti itu tambahan pula Pan bersekongkol dengan parti DAP dan PKR.

Pada PRU13 lalu Azhar Idrus juga turut berkempen untuk parti itu dan kerap menyertai setiap siri ceramah yang diadakan walaupun beliau bukan ahli Pas.

Namun begitu pengundi khususnya orang muda sudah tidak terpengaruh dengan Azhar yang kerap melabel orang yang tidak disukai sebagai ‘bodoh’ atau dalam loghat Terengganu dipanggil ‘bodo’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here