PRU14: Azan janji akan lawan PAS pertahan DUN Bandar

0
1594

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail, tetap untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU lalu.

Katanya dipetik dari Berita Harian hari ini, beliau sebagai pengerusi dan wakil tunggal PKR di DUN Bandar, beliau tidak akan mengundur diri untuk bertanding mempertahankan kerusi walaupun diketahui akan berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu PKR, PAS dan Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) nanti.

Beliau yakin akan mengekalkan kerusi tersebut kerana rakyat tahu bagaimana beliau bekerja selama sepanggal menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan sebelum ini beliau pernah berkata bahawa PKR Terengganu menyasarkan meletakkan calon untuk bertanding di lebih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, termasuk kawasan ditandingi PAS pada PRU akan datang.

Katanya, walaupun perbincangan mengenai pengagihan kerusi belum dibincangkan, sebagai parti pembangkang terbesar dalam komponen pembangkang, penambahan kerusi kepada PKR untuk bertanding, termasuk di kerusi dikuasai PAS di negeri ini, adalah munasabah.

‘PKR sudah mengenal pasti calon yang berwibawa dan berpeluang untuk memenangi kerusi DUN dan Parlimen pada PRU akan datang’

‘Pakatan harapan perlu memberi pertimbangan sewajarnya kerana PKR adalah komponen terbesar di negeri ini serta wakil pembangkang di DUN negeri, selain PAS’ katanya.

Mengulas peluang untuk menang, Azan yang berkata, berdasarkan pelbagai isu sedang yang dan kehendak pengundi, calon PKR dijangka mampu merampas semua kerusi DUN dan Parlimen, termasuk yang dikuasai PAS.

‘Selain mengekalkan kerusi DUN Bandar, PKR juga dijangka meletakkan calon untuk bertanding di DUN Ladang, Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Parlimen Kuala Terengganu’

‘Setakat ini, saya tidak bercadang mengumumkan jumlah kerusi akan ditandingi tetapi sebagai parti terbesar dalam pakatan pembangkang di sini, pucuk pimpinan tertinggi perlu memberi pertimbangan sewajarnya,’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here