Asrama UniSZA di Taman Ilmu Besut siap dibaik pulih

0
1363
Majlis Penyerahan Blok Asrama Taman Ilmu Unisza Besut di Taman Ilmu Unisza Kampus Besut hari ini.

Asrama UniSZA di Taman Ilmu Besut siap dibaik pulih

Besut – Sebuah bangunan asrama pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Taman Ilmu telah siap dibaik pulih dan sedia digunakan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata proses membaiki bangunan tersebut menelan belanja sebanyak RM10 juta yang akan menempatkan seramai 250 pelajar lelaki manakala asrama pelajar perempuan akan disiapkan pada masa terdekat.

Menurutnya, selain UniSZA beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain menunjukkan minat untuk membuka kampus pengajian di Taman Ilmu termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

‘Kerajaan negeri sedia menawarkan kepada mana-mana IPT yang mahu membuka cawangan kampus di Taman Ilmu’.

‘Konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT nak buka kolej mereka atau pejabat, bangunan pusat pembelajaran perlu bina sdiri dan kerajaan negeri hanya sediakan tapak serta keperluan lain seperti hostel, masjid, perpustakaan dan mini stadium ‘.

‘Semua kelengkapan ini sudah ada cuma perlu buat sedikit pengubahsuaian akhir’.

‘Taman Ilmu ilmu kita akan bangunkan mengikut asas iaitu melibatkan beberapa universiti dan kita akan libatkan IPTA IPTS yang boleh memberi impak yang baik kepada pembangunan pendidikan negeri Terengganu’ katanya Majlis Penyerahan Blok Asrama Taman Ilmu Unisza Besut di Taman Ilmu Unisza Kampus Besut pagi tadi.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Canselor UniSZA Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Tambahnya dengan perancangan pembesaran jalan pantai Besut menjadi empat lorong dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) akan memudahkan laluan orang ramai untuk ke Taman Ilmu.

Sementara itu Dato’ Seri Idris Jusoh menyambut baik
Taman Ilmu Besut yang sudah mula beroperasi yang akan memberi manfaat kepada negeri Terengganu kerana mempunyai infranstruktur menarik serta berada di lokasi strategik dan Kementerian Pengajian Tinggi sedia membantu kerajaan negeri membangunkan lagi pusat pengajian tersebut. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here