Aplikasi Mobile Semakan BR1M

0
374

Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN) telah memperkenalkan Aplikasi Mobile Semakan BR1M bagi memudahkan urusan semakan permohonan bantuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun ke telefon bimbit android bagi membolehkan semakan BR1M lebih cepat.

Dengan kemudahan itu, penerima BR1M boleh membuat semakan penghantaran borang, status bayaran dan rayuan.

LHDN telah menguruskan BR1M sejak 2011 menerusi BR1M 1.0.

Aplikasi mobile semakan BR1M versi baru telah boleh dimuat turun di playstore bagi platform Android, manakala bagi platform IOS boleh dimuat turun di App Store dalam masa terdekat (dalam proses release oleh Apple). Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan semakan status BR1M.

Cawangan / PPM boleh muat turun di Playstore atau App Store dengan carian Semakan BR1M. Perlu pastikan logo Aplikasi berkenaan adalah seperti di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here