Anggota tentera, isteri dera anak sampai mati direman 7 hari

0
2818

BAPA kandung dan ibu tiri kanak-kanak perempuan, 9, yang mati didera, semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

Perintah reman terhadap anggota tentera berusia 35 tahun dan isterinya, 34, dikeluarkan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak selepas permohonan dibuat pihak polis bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, pasangan itu dilihat tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan memakai baju lokap jingga dan tangan bergari diiringi anggota polis.

Baca: ‘Aku boleh mati kena bunuh’ – Mangsa dera kerap mengadu dipukul bapa kandung

Mereka ditahan petang semalam selepas bedah siasat ke atas mayat Nur Aina Nabihah mendapati buah pinggangnya rosak, usus koyak dan tulang rusuk patah dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Sebelum itu, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri di rumah keluarganya di Lukut, Port Dickson lalu dibawa oleh bapa kandungnya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia 12.30 tengah malam.

Pemeriksaan doktor menemui kesan lebam di seluruh badan mangsa menyebabkan mayatnya diserah ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat, dan disahkan kematiannya kerana kecederaan organ dalaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here