Anggota polis dicekup separuh bogel bersama kekasih gelap

0
4095

KUALA LUMPUR — Seorang polis wanita ditemui separuh bogel bersama kekasihnya, juga anggota polis, oleh suaminya sendiri di rumah mereka.

Lelaki itu memerhati gerak geri si isteri sebelum mengekorinya, ketika itu bersama rakan sekerjanya berpangkat lans koperal, dari Jalan Sungai Besi.

Seterusnya suami wanita itu mengekori pasangan itu hingga ke rumahnya di Sri Petaling sebelum mendapati pasangan anggota polis itu masuk ke premis itu.

Sumber polis memberitahu suami itu bertindak demikian mulai jam 3 petang Ahad sebelum mereka ditemui berkhalwat jam 5 petang, lapor Harian Metro.

“Suami wanita itu sempat merakam kejadian, selain mengambil butiran teman lelaki isterinya sebelum membuat laporan kepada pihak polis,” kata sumber.

Wanita berpangkat ASP itu turut dilapor menukar mangga pintu rumah mereka, namun suaminya memotongnya sebelum mencekup pasangan itu yang berasmara. SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here