AMPHICOACH: Dewan Pemuda PAS keliru mengenai prosedur pembelian aset negeri

0
283

Tiba-tiba Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu cuba menjadi hero dan bukannya Ketua Pemuda PAS. Semalam, Hishamuddin, wakil rakyat yang jarang-jarang turun kawasan dan belum nampak kenyataan berhubung banjir cuba menggunakan isu bas amphibia yang sudah terjawab sekian lama untuk nampakkan dia ‘hero PAS’.

YB PAS dungu pasal prosedur pembelian aset

Setiap pembelian aset kerajaan samada kerajaan negeri atau pusat sama sahaja yang mana ia perlu melalui proses kelulusan berperingkat termasuk kelulusan exco kerajaan negeri bila melibatkan jumlah yg besar.

Ia bukannya dengan keputusan Menteri Besar secara mutlak.

Kenapa YB Hishamuddin cuba timbulkan kekeliruan cara pembelian aset yang sudah ada SOPnya?

Syarikat pembekal aphicoach beroperasi secara sah

Perlantikan syarikat atau ejen kepada sesuatu barangan atau aset juga melalui proses tender dan mengikut standard piawaian yang ditetapkan.

Sekiranya berlaku pelanggaran syarat maka kerajaan ada hak menyaman pihak yang dilantik.

YB Hishamuddin boleh membuat laporan kepada SPRM jika mendakwa berlaku penyelewengan dalam syarikat berkenaan

Kenapa ditahap ini juga beliau cuba kelirukan rakyat seolah-olah kelewatan yang berlaku adalah salah kerajaan

Laporan kewangan SSM tidak membuktikan apa-apa

Jeliknya YB Hishamuddin selaku Timbalan Pemuda PAS Terengganu menggunakan laporan kewangan yang dihantar kepada SSM sebagai kayu pengukur kononnya bukti angka adalah satu tindakan tidak cerdik.

Kenapa tidak gunakan angka dari audit dalaman syarikat? Tahukah beliau apakah maksud laporan kewangan syarikat kepada SSM itu?

Kalau betul-betul nak jadi hero kenapa tak dedahkan syarikat pembalakan milik kroni PAS yang mendapat konsesi balak di trg sehingga berjuta-juta ringgit? Rakyat juga perlu tahu hal itu kerana pada pemenrintahan pas 1999-2004 hujan negeri trg ditarah sesuka hati tanpa ada pengawasan dari pihak kerajaan. Itu belum kes kerajaan negeri disaman lebih 1 bilion akibat daripada pelnaggaran perjanjian syarikat balak kroni Pas ini. Ini yang orang cakap kuman seberang laut nampak, gajah depan mata YB Hishamuddin buat-buat buta.

Amphicoach diberi kepada TTI, bukan Tasik Kenyir

Amphicoach akan menjadi satu nilai tambah kepada pelancongan di negeri Terengganu. Rasanya bukan menjadi satu masalah pun jika ia diletakkan di bawah pengurusan TTI.

Pada mulanya amphicoach akan diletakkan di Tasik Kenyir tetapi selepas beberapa kajian dibuat, ia akan diletakkan di bawah pengurusan TTI untuk membawa pelancong menyusuri Sungai Terengganu dan Bandaraya Kuala Terengganu.

TTI boleh memaksimukan penggunaan amphicoach kerana ia adalah kenderaan 2 alam.

Di Tasik Kenyir sudah ada pusat bebas cukai. Itu pun sudah cukup sebagai penarik jumlah pelancong ke sana. Jika amphicoach diletakkan di Tasik Kenyir apa akan jadi kepada pengusaha houseboat?

YB Hishamuddin juga mempersoalkan TTI river cruise. Setakat ini tti river cruise masih menjana keuntungan dari para pelancong dari dalam dan luar negara. Sebagai seorang wakil rakyat, jangan hanya tahu menuding jari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here