Amaran cuaca buruk di utara, pantai timur Semenanjung selama 3 hari

0
1728

KUALA LUMUR – Hujan berterusan berserta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung tanah air selama 3 hari bermula esok sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata cuaca buruk itu dijangka akan melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan daerah Hulu Perak.

Amaran cuaca buruk peringkat kuning itu turut dikeluarkan di negeri Kelantan (daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu).

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada kesan ribut petir yang kerap berlaku ketika fasa peralihan monsun seperti hujan lebat, angin kencang dan ribut petir.

Maklumat terkini cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, facebook:malaysiamet, twitter:@malaysianmet atau MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here