Aktivis media sosial bantu keluarga arwah Fakhrurazi

0
511

Pengerusi Kelab Media Sosial Negeri Terengganu (KEMEST), Mohd Zamani Ayob, menyampaikan sumbangan yang didermakan oleh rakan-rakan media sosial seluruh negara kepada keluarga Allahyarham.

Katanya, sumbangan itu mula dikumpul sehari selepas Allahyarham meninggal dan ianya dibuka selama dua minggu untuk seluruh artivis media social yang ikhlas menderma.

“Alhamdulillah…. Saya telah diamanahkan oleh rakan-rakan agar membuat tabung derma ini oleh mereka semua”

“Petang ini… saya telah menyampaikan sendiri kepada isteri Allahyarham dan juga anak-anak, diharapkan sumbangan itu dapat meringan sedikit beban yang diterima memandangkan isteri Allahyarham sedang mengandung tiga bulan anak ke lima”, katanya kepada pemberita petang tadi.

Sebelum itu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menyelamatkan anaknya dalam kebakaran, 11 Disember lalu.

Datuk Akmar Hisham turut menyampakan bantuan kepada balu Allahyarham iaitu Tengku Mastura Tengku Mohamad, 37, dan anak-anaknya Siti Anija Nadhirah, 15, Siti Alesya Wahida, 11 , Siti Afika Zafirah, 7, dan Mohd Akil Harif, 3.

Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Fakhrurazi.

Beliau tiba di kediaman keluarga Allahyarham di kampung Gong Pauh, Kuala Ibai, jam 6.00 petang tadi.

Ketika ditemui Datuk Akhmar menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat baik dan banyak berjasa kepada parti Barisan Nasional dan UMNO.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here