Akhirnya Tun M tersungkur di kaki DAP?

0
331

KUALA LUMPUR – Kunjungan pertama kali bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Ibu Pejabat DAP Kebangsaan di sini bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi disifatkan sebagai lambang tersungkur dengan rasminya beliau kepada perjuangan Malaysian Malaysia DAP yang sebelum ini beliau sendiri mati-matian menentang.

“Bila Tun Dr Mahathir sudah berkunjung ke Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, parti yang memperjuangkan hak persamaan kaum di bawah konsep Malaysian Malaysia, maka tidaklah boleh ditakwil lagi tersungkurnya beliau di kaki DAP ini,” kata portal umno.

“Bagi generasi baru Malaysia, konsep Malaysian Malaysia DAP adalah berakar umbi dari deklarasi bersama parti-parti pembangkang yang bergabung di dalam the Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965,” katanya.

“Jangan diingat konsep Malaysian Malaysia DAP ini hanya diperjuangkan oleh pemimpin veteran DAP sahaja kerana pemimpin muda yang sedang berkuasa di dalam DAP sekarang juga berpegang teguh dengan konsep ini,” tulis Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam portal itu.

Katanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri bercakap mengenai Perlembagaan Persekutuan yang membezakan antara bumiputera dengan bukan bumiputera, yang dengan nyata memisahkan rakyat Malaysia kepada warganegara kelas pertama dan kelas kedua.

Katanya, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, juga turut bercakap mengenai keperluan untuk  mengkaji semula dasar “bumiputera dan bukan bumiputra”  dan menghapuskan perbezaan antara kaum di negara ini.

“Bahawa konsep Malaysian Malaysia DAP ini kekal terpateri dalam DAP sehingga kini terbukti bila laman web rasmi DAP sendiri menegaskan bahawa ‘the DAP is committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia, ” katanya.

Malah, ujar beliau,  ramai yang tidak tahu konsep Malaysian Malaysia DAP ini sentiasa diindoktrinasikan ke dalam jiwa ahli DAP melalui lirik lagu rasmi DAP yang antara lainnya berbunyi “Bersama kita menuju satu matlamat: Malaysia untuk rakyat Malaysia”.

Sehubungan dengan ini, baru tahun lalu (2016), sebuah buku bertajuk “Tun M: Inilah Perjuangan” diterbitkan oleh PTS di mana buku ini memuatkan penentangan keras Tun Dr Mahathir terhadap perjuangan Malaysian Malaysia melalui temu bual eksklusif beliau dengan Sabaruddin Hussein. – Sarawakvoice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here