Air pasang besar: Penduduk diminta waspada

0
3921

Air pasang besar: Penduduk diminta waspada

Penduduk di sekitar Kampung Tanjung Gelam di Mengabang Telipot diminta berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (JPM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, ibu bapa diminta memantau pergerakan anak-anak dengan kejadian air pasang besar yang berlaku terutamanya pada musim cuti sekolah ini.

‘Kejadian air pasang besar berisiko sangat tinggi terutamanya kepada penduduk berhampiran di jalan utama yang mana fenomena air pasang besar kerap berlaku pd monsun timur laut dan hari ini kita jangkakan air pasang setinggi 1.78 meter’.

‘Saya menasihat semua pengguna jalan raya dan penduduk sekitar sentiasa berhati-hati dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa oleh agensi keselamatan yang sentiasa membuat rondaan di sini’.

‘Nasihat ibu bapa supaya pantau anak-anak dan jauhkan diri dari kawasan brisiko kerana ombak sangat kuat dan angin bertiup kencang dan kita tidak mahu berlaku kejadian tidak diingini terutamanya musim cuti sekolah ini’ katanya ketika meninjau lokasi hakisan Pantai Tanjung Gelam petang tadi.

Musim tengkujuh kali ini telah menyebabkan hakisan berlaku di kawasan sekitar dan pihak kerajaan negeri serta pusat telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera menangani masalah tersebut. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here