Ahli Akademik Terkejut PAN Gelar PAS `PIGS’

0
358

KUALA LUMUPR – “Terkejut saya mendengar ucapan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan memanggil PAS dengan gelaran PIGS,” kata ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.

Menurut beliau, gelaran PIGS (babi) keatas PAS turut dibuat penceramah lain dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Pasir Mas, Kelantan iaitu Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kelantan, Datuk Sazmi Miah.

Kata beliau, memberi gelaran PIGS kepada parti PAS bukan satu tindakan yang baik kerana ia boleh meningkatkan lagi suhu politik, malah boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan rakyat.

“Kata Wan Abdul Rahim: “Kita akan mengalahkan PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA, PIGS. Ha, PIGS. Ambo tak sebut, ambo eja jah. Sebut bahaya, eja tak apa. ‘PIGS’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, lagipun penggunaan gelaran PIGS keatas PAS tidak tepat kerana Gagasan Sejahtera bukan sahaja dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tetapi parti lain termasuk Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

“Tidak patut jika mereka yang bergelar Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Negeri (parti politik) berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pemerhatian beliau mendapati pemimpin Pakatan Harapan kini mengamalkan taktik politik Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai pengerusi mereka.

Beliau memberi contoh Naib Presiden PAN, Husam Musa mengugut mahu menyebarkan rakaman sulit seorang pemimpin PAS yang mengaku PAS menerima wang daripada UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Kali Ke-14.

Jelas beliau, taktik tersebut paling mudah untuk memberi persepsi negatif terhadap lawan politik kerana tidak memerlukan modal yang besar untuk melakukannya.

“Ugutan Husam mengingatkan saya kepada perkara sama dilakukan Mahathir terhadap Presiden S46 dan PAS menjelang PRU Ke-8 pada 21 Oktober 1990. Mahathir mengumumkan beliau memiliki pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh untuk membunuh PAS.

“Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai ke sudah pita rakaman ucapan sulit Tengku Razaleigh gagal didedahkan Mahathir,” katanya.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai oleh PPBM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN. – MYNEWSHUB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here