7,000 pengguna Hulu Terengganu alami gangguan air

0
594

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 7,000 kediaman di 51 kawasan di daerah Hulu Terengganu akan mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ir Atemin Sulong, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata gangguan bekalan itu berikutan kebocoran paip di dasar sungai.

Beliau berkata, masalah itu akan menyebabkan kawasan terjejas mengalami gangguan bekalan, selain tekanan air rendah dan kualiti air terjejas menjadi keruh dan kekuningan.

Antara kawasan terjejas ialah Pekan Ajil; Kampung Jak; Kampung Temala Hilir; Kampung Bukit Apit; Kampung Kemat; Kampung Lubuk Parit; Bukit Mustaja; Tanjung Putat; PeBukineh; Gemuruh; Menerong; Cheting; Felcra Betong; Felcra Matang; Felcra Tersat; Felda Mengkawang dan Kawasan Perindustrian Ajil.

Selain itu Bukit Perpat; Batu 18; Batu 22; Pasir Telata; Lubuk Periuk; Tok Randok; Batu 24; Kuala Menjing; Paya Besar; Sekayu; Perumahan Awam Kos Rendah Aji (PAKR); Gunung; Padang Setar; Tok Gebok; Jalan Datuk Amar; Kua dan Taman Setia.

Turut terjejas Merbau Pulas; Taman Kirana, Jangok Setar; PAKR Sungai Pertam; Marchang; Taman Perdana; Felcra Pasir Pelata; Pengkalan Ajal; Cerang Nibong; Belukar Bukit; Bukit Beruang; Pelandan; Kemat; Lebak; Bukit Ara; Panggung dan Kolam.

“Bagaimanapun, SATU mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini termasuk menghantar air menggunakan lori tangki ke kawasan kritikal dan menempatkan tangki statik di kawasan gangguan,” katanya.

Beliau berkata, pihak SATU memohon maaf kepada pengguna terjejas di atas kesukaran yang berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here