Terengganu Negeri Ketiga Laksana Rumah MyBNHome

0
423

Rakyat negeri Terengganu antara yang mendapat manfaat dari perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pembinaan rumah My Beautiful New Home (MyBNHOME).

Projek yang sedang dibina di Kampung Lembah Harapan Seberang Takir sebanyak 23 buah rumah dijangka siap awal februari ini yang mana memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menurut kontraktor binaan yang ditemui Terenganu News semalam, projek di Kampung Lembah Harapan ini yang ke tiga seluruh negara dimana pertamanya dibina di Dengkil Perak dan yang kedua di Jasin Melaka serta bakal dilaksanalan Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Lembah Harapan projek yang ketiga dan seterusnya akan dibina di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong sebanyak 50 buah rumah dengan peruntutkan sebanyak RM 2 juta keseluruhannya.

Sebelum ini Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek pembinaan kediaman sebanyak 50 unit yang di Mak Kemas akan menggunakan konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) di atas tanah seluas 1.8 hektar.

Katanya, kos bagi setiap unit kediaman yang dibina hasil usaha sama kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan itu sebanyak RM40,000 dan membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 juta.

“Walaupun kos untuk pembinaan rumah yang mempunyai dua bilik tidur dan dua bilik air itu berjumlah RM40,000, tetapi kediaman itu akan dijual kepada golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,900 (B40) sebanyak RM20,000.

“Tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan dengan ansuran bulanan antara RM200 dan RM250 sebulan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here