50 ribu usahawan berpeluang mohon pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

0
972

50 ribu usahawan berpeluang mohon pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Sebanyak 50,000 peluang pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dibuka kepada usahawan wanita muda yang menjalankan perniagaan.

Menurut Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Dr Zubir Harun, keutamaan pinjaman ini akan diberikan kepada generasi muda daripada keluarga kurang berkemampuan dan tempoh permohonan dibuka sehingga akhir tahun depan.

Katanya AIM mensasarkan mempunyai 400,000 orang menjadi Sahabat AIM di mana AIM telah Berjaya mengumpul 326,000 ahli setakat ini dan percaya jumlah itu mampu ditingkatkan terutamanya selepas  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  meluluskan Bajet sebanyak RM200 juta.

Dr Zubir berkata AIM menyokong hasrat kerajaan dalam membantu rakyat miskin yang melibatkan diri dalam perniagaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan golongan belia.

Hari ini berlangsung Program Himpunan Usahawan Ikhtiar Terengganu di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak Kuala Nerus yang turut dihadiri oleh EXCO Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Nawi Mohamad.

Sementara itu, beliau memberitahu pada tahun ini AIM telah memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi pemberian barangan keperluan kepada golongan miskin.

Tambah beliau sehingga Ogos lalu kadar pinjaman balik daripada pemimjam telah mencapai 98.22 peratus daripada RM1.1 bilion pembiayaan yang diberikan.

Usaha yang berterusan untuk membantu usahawan keluar daripada garis kemiskinan menunjukkan kemajuan sehingga ada yang berpendapatan lebih daripada RM3,000 sebulan. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here