4B Terengganu Ikrar Bantu Kerajaan di Akar Umbi- Rosdi

0
331

Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu hari melahirkan sokongan tidak berbelah kepada kerajaan negeri Terengganu dan juga seluruh kepimpinan negeri.

Menurut Pengerusi Belia 4B (M) Negeri Terengganu Mohd Rosdi Mat Zin berkata, warga belia negeri Terengganu sangat bertuah kerana kerana kerajaan negeri begitu cakna kepada ngo-ngo di negeri ini.

Katanya, setiap tahun ngo belia memperolehi peruntukan tahunan yang mana telah diperuntutkan dalam bajet yang dibentangkan setiap tahun.

‘Saya mewakili seluruh kepimpinan belia 4B negeri dan akar umbi mengucapkan jutaan atas kecaknaan kerajaan negeri’

‘Setiap tahun kita persatuan belia memperolehi peruntukan sebanyak RM 2000 hingga RM 5000 untuk bantuan pentadbiran dan juga program’

‘Oleh itu, saya menyeru agar setiap persatuan belia menggunakan duit tersebut untuk terus bergerak dengan aktiviti yang bermanfaat di peringkat cawangan dan juga kawasan’, katanya dalam ucapan aluan Mesyuarat Agong Gerakan Belia 4B(M) Negeri Terengganu yang ke 44.

Turut hadir Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mohd Nizam Omar, Penolong Setiausaha Kerajaan Belia dan Sukan Mohd Rahimee Mohd Ramli dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu Zaidi Muda.

Selain itu, Rosdi juga mengumumkan akan berundur dari menjadi pengerusi 4B negeri Terengganu setelah tamat tempohnya nanti.

‘Saya tidak akan mempertahankan jawatan ini kerana akan memberi laluan kepada kepimpinan pelapis dan selaras dengan akta baru pertubuhan belia negara yang mana had umur 30 tahun kebawah’

‘Kita juga telah melafazkan ikrar akan terus menyokong kerajaan negeri Terengganu dan juga pusat yang mana akan dizahirkan dari segala aspek terutama diperingkat akar umbi’,katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here